Wednesday 29 July 2015

Mansub Bil Fathah: Rabiatul Adawiyah

Mansub Bil Fathah: Rabiatul Adawiyah: Engkau bermula dengan sengsara Dalam mencari bahagia Terasa bagai bayang-bayang Gelap walau disuluh cahaya Pepasir pantai p...

Monday 21 October 2013

Rabiatul Adawiyah





Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah 
Pabila hakikat melanda 
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah 
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
























































































































































































Monday 3 June 2013

Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W

Tanggal 12,
Rabiul Awal,
Lahirnya Nabi
Jungjungan Mulia,
Kedunia,
Membawa Rahmat,
Untuk semua manusia

Ayahnya Abdullah,
telah kembali,
menemui Tuhan,
Rabul I'zzati,
Ibunya Aminah,
tinggal sendiri
menunggu Rahmat Dari Illahi,

Disubuh,
Isnin yang hening
Cahaya bergemerlapan,
Menyambut,
Lahirnya Nabi,
Muhammad....
Nama diberi...

Nabi Muhammad,
Nabi pilihan,
Nabi Muhammad,
Nabi akhir zaman,

Tuhan utuskan
Untuk Manusia,
Pembela agama,
sepanjang zaman.

Marilah Teman,
Kita semua,
Bersatu hati,
Maju kedepan,

Menyambut seruan
Rasul Mulia,
Membangunkan,
Islam yang tercinta...

Friday 31 May 2013

JASAMU DIKENANG

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

WAQAF..

MUQADD IMAH


 Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus. 

 PENGERTIAN WAKAF

 Bahasa: Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع) Istilah/Syara’: “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T” Beberapa pengertian/definisi lain: 
 1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah: - iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke jalan kabajikan. 
 2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama’: - iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah. 
 3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki: - iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya – sekalipun dimilikinya dengan menyewa – ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang – kepada yang memerlukan – dengan jalan berlafaz- untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu – wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai sahaja. 
 DALIL PENSYARIATAN 
 a) AL-QURAN 
 Surah Al-Baqarah, ayat 261: Bermaksud: Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui. Surah Ali ‘Imran, ayat 92: Bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. 
 b) HADITH NABAWIYAH 
 Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Bermaksud: “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya” Hadith Riwayat Muslim Hadith dari Ibni Umar r.a. Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?” Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.” Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri. 

 c) IJMA’ - 

Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200). - Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269). - Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375). 

 RUKUN WAKAF 

 a) Wakif (pewakaf). Di antara syarat-syarat pewakaf adalah: - Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. - Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. - Baligh. - Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih). 

 b) Mawquf (harta yang diwakafkan). - Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya. - Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim). - Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif). - Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.  

c) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf). - Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf. - Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja. 

d) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf). - Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat. - Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah. Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”. Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”. Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. Baligh. Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih). Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.Baligh.Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).